Pages

Thursday, March 23, 2017

Tabung Sikap





#TabungSikap

JANGAN JANGAN SUKA MENCUBA

Sebagai orang muda kacak jelita kita suka mencuba. Tetapi hati hati sekali terperangkap, padan muka.




1. Jangan cuba cuba beli Camry atau City jika kita kerani atau baru dapat gaji.

2. Jangan cuba ambil pembiayaan peribadi untuk jadi Raja Sehari



3. Jangan cuba cuba beli emas jika simpanan rizab belum ada.

4. Jangan cuba cuba melabur dalam skim yang tulis ' Duduk goyang kaki dapat duit' hari hari

5. Jangan cuba cuba beli rumah yang besar hingga kita kena makan maggi.

6. Jangan cuba cuba cuti ke Europe jika belum pernah ke Langkawi.



7. Jangan cuba cuba guna dana kecemasan untuk beli tudung Faredade terkini dipasaran

8.  Jangan cuba cuba meminang anak orang jika hantaran belum ada, nanti bergusti dalam masjid lagi.

9. Jangan cuba cuba acah pandai kutuk pelabur hartanah kapitalis kalau rumah pertama tiada lagi.

Klik jika nak tahu rahsia hartanah

10. Hidup ini bukan untuk dicuba cuba terutama hal kewangan. berapa ramai yang dah cuba Pembiayaan Peribadi kini menyesal guling guling.

Gegadis tidak suka kita 'cuba cuba sayang mereka'. Mereka mudah kecewa dan terluka.

"Saya cuba lupakan awak, tetapi wajah awak melekat di peparu dan hati saya", mesti mereka lari malu punya 😋


#JanganCubaBerhutangJahat
#BeliRumahPertamaDenganIlmuDidada
#CnP

No comments:

Post a Comment